Terma & Syarat Penuh

  • DATA PRIVASI
    NOTIS PRIVASI

    Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan Malaysia untuk mengawal selia pemprosesan data dalam transaksi komersial. Akta ini, yang merangkumi semua syarikat-syarikat dan firma-firma yang ditubuhkan di Malaysia, mewajibkan kami memaklumkan anda berkenaan hak-hak anda berkaitan data peribadi anda yang sedang diproses atau yang akan dikumpulkan dan yang akan diproses oleh pihak kami serta maksud-maksud bagi pemprosesan data tersebut. Meadow Clover Sdn. Bhd (11999333-P), berserta anak-anak syarikat, perbadanan-perbadanan berkaitan dan syarikat-syarikat bersekutu dan apa-apa rujukan kepada – Meadow Clover – atau – kami – di dalam Notis Privasi ini akan merangkumi mana-mana ahli Meadow Clover berkesungguhan terhadap pengawalan data peribadi anda. Notis Privasi ini menjelaskan bagaimana kami mengumpul dan memproses data peribadi anda selaras dengan Akta berkenaan.
    Kami mengumpul Data Peribadi daripada anda dalam pelbagai cara dan di beberapa poin yang berbeza. Kami boleh mengumpul Data Peribadi anda melalui telefon, faksimili, mel, kupon, emel dan atau melalui sistem pesanan ringkas (sms). Data Peribadi dan maklumat selainnya (secara keseluruhan, – Data Peribadi – yang anda berikan atau telah berikan bagi penggunaan Meadow Clover, kami akan memproses data peribadi anda termasuk apa-apa maklumat tambahan yang mungkin anda berikan kemudian, bakal digunakan dan diproses oleh pihak kami bagi maksud-maksud berikut:
    • – untuk mempertimbangkan dan memproses permintaan anda terhadap produk-produk dan/atau perkhidmatan-perkhidmatan kami;
    • – untuk memastikan identiti dan latarbelakang anda;
    • – untuk memberi anda maklumat tentang produk-produk, promosi, perkhidmatan-perkhidmatan dan kemaskini perniagaan Meadow Clover;
    • – mempertimbangkan data peribadi anda dalam kupon;
    • – mempertimbangkan permohonan langganan anda;
    • – untuk berhubung dengan anda;
    • – untuk memberi khidmat kepada anda;
    • – untuk memproses transaksi-transaksi pembayaran;
    • – untuk menjawab pertanyaan-pertanyaan anda;
    • – untuk mentadbir penyertaan anda di dalam pertandingan-pertandingan;
    • – untuk melaksanakan kegiatan-kegiatan dalaman;
    • – untuk penyiasatan dalaman, pematuhan, audit atau tujuan-tujuan keselamatan termasuk, tanpa had, pengesanan jenayah, penghindaran jenayah dan pendakwaan;
    • – untuk tinjauan pasaran dan analisis kecenderungan;
    • – untuk pertanyaan berkenan dengan jualan dan maklumat hadiah;
    • – untuk kegiatan-kegiatan perniagaan Meadow Clover selainnya yang sah;
    • – maksud-maksud selainnya seperti yang termaktub di dalam Terma-Terma Penggunaan laman-laman web Meadow Clover; dan/atau
    • – jika relevan, maksud-maksud selainnya seperti yang termaktub di dalam Terma-Terma dan Syarat-Syarat Am dan, jika terpakai, Terma-Terma dan Syarat-Syarat Kempen.
    (secara keseluruhan, “Maksud-Maksud”)

    Seterusnya, sila maklum bahawa sekiranya diperlukan bagi mana-mana Maksud-Maksud yang dinyatakan di atas, Data Peribadi anda mungkin dihantar ke lokasi-lokasi di luar Malaysia atau dizahirkan kepada mana-mana ahli Meadow Clover di luar Malaysia, rakan perniagaan dan/atau pemberi khidmat, yang mungkin berada di dalam atau luar Malaysia. Selain dari yang dinyatakan di sini, Data Peribadi anda tidak akan, dengan sedarinya, dipindahkan ke mana-mana tempat di luar Malaysia atau dizahirkan ke mana-mana pihak ketiga.

    Maklumat data peribadi yang mungkin kami kumpulkan daripada anda termasuk tetapi tidak terhad kepada yang berikut:

    Nama

    Nombor Telefon

    Nombor Telefon Bimbit
    Alamat
    Tarikh Lahir
    Jantina

    KESELAMATAN MAKLUMAT

    Kami menggunakan langkah keselamatan tertentu, seperti penyulitan data jika sesuai. Kami juga mengambil langkah yang sesuai untuk memastikan maklumat anda dipelihara dengan selamat.

    Meadow Clover akan menyimpan Data Peribadi anda di dalam rekod perniagaan kami selagi anda seorang pengguna laman-laman web (wowsecrets.co) dan/atau seorang pelanggan atau pengguna apa-apa produk dan/atau perkhidmatan Meadow Clover. Kami juga menyimpan Data Peribadi anda untuk jangkamasa tertentu selepas anda tidak lagi seorang pelanggan Meadow Clover dan/atau seorang pelanggan atau pengguna apa-apa produk dan/atau perkhidmatan kami sekiranya Data Peribadi berkenaan diperlukan untuk Maksud-Maksud Data Peribadi berkenaan dikumpul dan/atau bagi memenuhi kehendak undang-undang.

    Untuk memproses Data Peribadi anda, persetujuan anda diperlukan. Di dalam kebanyakan situasi, adalah menjadi keperluan bagi kami untuk memproses Data Peribadi anda untuk menyediakan perkhidmatan yang diminta oleh anda. Walau bagaimanpun, sekiranya anda ingin menghadkan pemprosesan Data Peribadi anda, anda boleh berbuat demikian seperti yang dinyatakan di dalam perenggan di bawah.

    Sehubungan dengan pemasaran, jualan langsung atau direct sale, anda boleh meminta secara notis bertulis (seperti yang diperuntukkan di dalam perenggan seterusnya) agar kami tidak memproses Data Peribadi anda bagi mana-mana maksud-maksud berikut: (i) pengiklanan atau pemasaran menerusi telefon produk atau perkhidmatan Meadow Clover yang berkenaan atau rakan-rakan perniagaan kami, (ii) mengirim kepada anda menerusi pos bahan pengiklanan atau pemasaran Meadow Clover yang berkenaan atau rakan-rakan perniagaan kami, (iii) menghantar menerusi emel atau sistem pesanan ringkas (sms) bahan pengiklanan atau pemasaran Meadow Clover yang berkenaan atau rakan-rakan perniagaan kami; atau (iv) berkomunikasi dengan anda menerusi apa cara sekali pun apa-apa bahan pengiklanan atau pemasaran Meadow Clover yang berkenaan atau rakan-rakan perniagaan kami.

    Dari semasa ke semasa, kami mungkin memberikan Data Peribadi sebagai respons kepada perintah mahkamah, sepina, atau penyelidikan kerajaan. Kami juga berhak melaporkan kepada agensi penguatkuasaan undang-undang sebarang aktiviti yang kami percaya secara jujur menyalahi undang-undang. Kami mungkin menyiarkan Data Peribadi apabila kami percaya bahawa penyiaran sedemikian dirasakan perlu untuk menguatkuasakan atau mengenakan Syarat-syarat Penggunaan kami atau bagi melindungi hak, harta, dan keselamatan orang lain dan diri kita.

    Anda boleh pada bila-bila masa selepas ini mengemukakan pertanyaan, aduan dan tertakluk kepada pembayaran fi yang ditetapkan, meminta secara bertulis, akses kepada, dan pembetulan terhadap, Data Peribadi anda atau menghadkan pemprosesan Data Peribadi anda seperti yang dinyatakan di perenggan di atas dengan menghantar permintaan berkenaan kepada Pegawai Perlindungan Data Peribadi menerusi pos berdaftar atau emel yang perlu dikirimkan daripada alamat emel yang telah didaftarkan dengan Meadow Clover seperti yang dinyatakan di bawah:

    Pegawai Perlindungan Data Peribadi Meadow Clover Sdn. Bhd (11999333-P) P.O.Box 12366, 50776 Kuala Lumpur Alamat emel: [email protected]

    Jika anda seorang pelanggan atau bekas pengguna apa-apa produk dan/atau perkhidmatan kami, harap maklum bahawa kami akan terus memproses Data Peribadi anda sebagaimana dinyatakan di dalam Notis Privasi ini melainkan jika kami menerima bantahan anda. Anda boleh melaksanakan hak-hak anda berkenaan dengan Data Peribadi anda sepertimana dinyatakan di atas.

    Notis Privasi ini mungkin dipinda pada bila-bila masa dan dari semasa ke semasa. Sebarang pindaan akan dinyatakan di dalam laman web kami di (Meadow Clover wowsecrets.co) atau menerusi kaedah lain yang kami anggap sesuai. Penggunaan berterusan apa-apa produk dan/atau perkhidmatan kami atau laman web kami di (Meadow Clover wowsecrets.co) akan dianggap sebagai persetujuan anda terhadap pindaan tersebut.

  • POLISI PESANAN DAN PENGHANTARAN
    Produk akan dihantarserah kepada anda dalam masa 10 hari bekerja dari tarikh penerimaan borang pesanan dan bayaran penuh. Penghantaran hanya dilakukan di dalam Malaysia sahaja. Segala kos yang terlibat adalah seperti yang dinyatakan pada Halaman Semakan sebelum anda melengkapkan pesanan anda.
  • POLISI PEMULANGAN DAN BAYARAN BALIK
    Jika anda tidak berpuas hati dengan pembelian anda, sila kembalikan produk dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh produk diterima, berserta resit penghantaran asal.
    Produk yang dipulangkan akan diperiksa dan anda perlu sertakan resit pembelian dan produk tersebut mesti berada dalam keadaan yang baik dan masih boleh dijual semula. Pembungkusan produk yang dipulangkan (serta invois) mestilah dalam keadaan yang sempurna bagi tujuan pengembalian wang. Jika produk didapati rosak maka tiada pengembalian wang akan diberikan. Anda harus membayar caj penghantaran yang dikenakan di atas pemulangan barangan tersebut Meadow Clover tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan atau kehilangan produk semasa proses kurier. Setelah Meadow Clover menerima produk yang dipulangkan, kami akan menolak kos penghantaran dan mula memproses untuk wang anda dikembalikan. Wang anda akan dikembalikan dalam masa 10 hari bekerja dari tarikh pemulangan produk.
    Untuk maklumat lanjut mengenai pemulangan produk dan pengembalian wang, sila emel pusat perkhidmatan pelanggan kami di [email protected]