Soalan Lazim

Pesanan

1- Bagaimana saya boleh membuat pesanan?

Untuk membuat pesanan, sila lawati halaman Produk kami (di Produk), pilih produk kegemaran anda, tambahkan ke troli, isi alamat penghantaran anda, atur pembayaran dan tunggu untuk menerima bungkusan anda Anda boleh membayar secara dalam talian dengan mudah, ringkas dan 100% selamat!

2- Bagaimana untuk membuat pembayaran pesanan?

Anda boleh membayar secara dalam talian selepas anda membuat semakan keluar.

3- Kenapa saya diarahkan ke halaman pembayaran di luar laman web Wow Secrets?

Bagi menjamin keselamatan transaksi pembayaran anda, Meadow Clover tidak menerima pembayaran yang dibuat secara terus. Semua pembayaran akan dikumpul menerusi pemungut bayaran berdaftar yang dibenarkan secara sah.

4- Kenapa saya perlu membuat bayaran terlebih dahulu?

Kami meminta anda membuat bayaran terlebih dahulu bagi menampung kos produk, penghantaran dan yuran pentadbiran.

5- Berapa lama masa diambil untuk menerima produk yang dipesan selepas membuat pembayaran?

Tempoh penghantaran akan mengambil masa sehingga 10 hari bekerja

6- Bagaimana ingin melihat status pesanan saya?

Anda boleh melihat status pesanan dengan memasukkan ID Pelanggan dan ID Pesanan di sini (pautan ke halaman status pesanan).

7- Saya terima produk pesanan tetapi ia rosak.

Kami memohon maaf atas insiden yang berlaku. Walaupun dengan pemantauan kami, penghantaran pesanan melibatkan perkara diluar kawalan kami, yang mungkin menyebabkan barang rosak sebelum sampai kepada anda. Jika barang anda rosak, sila hubungi kami dengan mengisi borang di bawah dan sertakan gambar produk yang rosak supaya kami boleh menggantikannya dengan yang baru. Anda boleh memohon untuk membuat penggantian dalam tempoh 14 hari selepas menerima produk anda.

8- Saya telah menerima produk yang dipesan tapi ia tidak lengkap.

Harap maklum bahawa produk anda mungkin kehabisan stok. Sila hubungi kami melalui emel untuk pengembalian wang atau penggantian produk.